Our Partner

Booking.com

......

Who am I?

Who am I?

.........

.........

.......

.......

.......

.......

Sunday 27 November 2016

TAOBAO SUPPLIERS DARI CHINA

Pernah dengar tentang Taobao.com ?




Taobao.com adalah pusat membeli-belah direct dari negara China.
Antara website membeli-belah yang sama dengan Taobao.com adalah eBay atau amazon.
Apa yang menariknya tentang Taobao.com adalah harga. Harga yang anda semua pasti tidak dapat di Malaysia. Harga barangan di Taobao adalah jauh lebih murah dan mempunyai kepelbagaian yang sangat luas.

Boleh dikatakan apa yang anda nak atau tidak dapat di Malaysia boleh didapati di Taobao.
Jika kita sebut pasal negara China pasti korang semua dah tahu kan banyak barangan daripada GRED ZERO hingga ke TRIPLE AAA mesti ada di sini. Harga pulak jangan cakap. Memang macam-macam harga boleh dapat.

Contoh barang A ni ada 20 kedai yang jual. Jadi Taobao akan senaraikan semua kedai yang jual batang A. Sebelum nak beli dekat sini, wajib baca review. Memang dah jadi tabiat orang yang beli dekat Taobao untuk tulis review lepas barang yang mereka beli tu sampai.
dari situ kita boleh compare antara semua kedai. 
Jadi tak susah untuk cari kedai yang jual barang A dengan harga yang murah dan kualiti yang baik.


Boleh dikatakan hampir semua peniaga pasar malam atau borong di Malaysia ni dapatkan suppliers barangan dari website ini.

Banyak rahsia yang boleh kita cungkil dengan Taobao. Boleh buat business dan sebagainya.
Jika nak tahu lebih tentang rahsia Taobao boleh klik di bawah sini.

Thursday 10 November 2016

BELI RUMAH DENGAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Salam Satu Malaysia,

Pernah korang dengar tentang "SKIM RUMAH PERTAMAKU" ??
Sebelum saya cerita tentang pengalaman saya beli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku ni, saya terangkan serba sedikit apa itu SKIM RUMAH PERTAMAKU.

"Skim Rumah Pertamaku (SRP) - Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk memebantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
Pembiayaan ditawarkan secara Konvensional dan Islamik

Kriteria Kelayakan
Warganegara Malaysia sahaja
Pembeli rumah pertama
Pekerja di dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak menerima kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Bank Yang Terlibat untuk Luluskan Skim Rumah Pertamaku(SRP)



Ok mesti korang dah fahamkan tentang skim ni. Masa agent kami tengah sibuk masukkan loan kami dalam bank mereka, saya pon study sikit pasal nak masuk loan rumah ni. Nak masuk loan tu senang tapi nak LULUS loan rumah ni susah tau. LOAN rumah ni memang mencabar. Agent atau korang sendiri kena cuba pelbagai jenis bank untuk pastikan LOAN RUMAH korang LULUS!!

Walaupon saya dah lantik agent. tapi saya takdelah sampai Goyang Kaki. saya tetap cari bank apa yang berkemungkinan boleh bantu. Kemudian teringat tentang Skim ni. Ingat ya, semua syarat dan kriteria dalam skim ni MESTI IKUT DAN PATUH!

Untuk korang gunakan Skim ni Mudah sahaja. Cuma bagitahu Agent korang yang korang nak gunakan Skim Rumah Pertamaku ni. Sesetengah agent akan cakap Skim ni tak berbaloi atau tak membantu. Ada betul juga. Kene ingat ya. Walaupon Kerajaan perkenalkan Skim ni dan dah senaraikan Bank apa yang boleh guna. Tapi tak semua bank akan layan Skim ni. Ada juga bank yang sebenarnya langsung x nak approve kan Skim ni. Jadi jika ada agent cakap macam tu, kita hanya boleh yakinkan dia untuk teruskan APPLY skim ni.

Bila kita dah betul-betul konfirm, Agent akan bawakkan borang permohonan untuk Skim ni, Mereka lah yang akan uruskan.

Fokus dekat harta yang layak. Harga rumah yang layak untuk menggunakan Skim ni adalah dari 100K sehingga 500K. Jika korang betul-betul nak beli rumah pertama, Janganlah beli rumah bawah 100K. Korang takkan dapat guna dah skim ni kalau korang dah beli rumah bawah 100K. Kalau boleh study dulu apa yang kerajaan offer untuk Rumah pertama kita.

Masa nak beli rumah tu pon kena pastikan rumah tersebut ada owner dan bukan nama pemaju. Ada sesetengah rumah yang masih nama atas pemaju. Sebelum owner nak jual rumah, dia kenalah pastikan rumah dia telah ditukarkan nama keatas dirinya. Baru lah urusan jual-beli jadi mudah.

Harga asal rumah yang kami beli adalah RM220K. Selepas saya tawar menawar dapatlah kurang sampai RM185K tapi saya request untuk buat loan RM170K sahaja untuk elakkan interest yang tinggi. Dengan menggunakan dua nama. Jadi pendapatan bulanan kami tidak boleh melebihi RM10K. Kalau beli satu nama tak boleh lebih 5K.

Lepas beberapa minggu menunggu kelulusan Agent kami inform LOAN dah lulus 100%. Terima Kasih Hong Leong Bank.
Nampak kan? Berapa amount yang korang mohon dan amount itulah yang korang akan dapat. Korang tak payah fikir pon tentang Downpayment 10% kalau loan dah lulus 100%.

Dengan Keizinan dari-Nya. Dapatlah kami teruskan ke langkah berikutnya iaitu CONSENT.

Tuesday 8 November 2016

HUBUNGI KAMI


JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN TENTANG PRODUK SHAKLEE 

HUBUNGI KAMI DI 




PHONE : 018-783 4063
EMAIL : neddytasha92@gmail.com

Friday 4 November 2016

Shaklee Menipu??? Anda Tertipu??

Tiada apa yang tertipu dengan Shaklee. Setakat ni belum pernah lagi pengguna yang tidak berpuas hati dengan Shaklee. Alhamdulillah produk Shaklee semakin berkembang dan diterima oleh masyarakat Malaysia.

Saya pengedar tapi saya dan keluarga juga adalah testimoni. 

Bagaimana saya boleh terlibat dengan Shaklee??

Saya sah menjadi Shaklee distributor pada tahun 2014.
(dah dua tahun).

Mula nya jadi pengedar sebab nak dapatkan harga istimewa sebagai member sahaja. Itu sahaja niatnya. Yang penting, saya sememangnya pengguna Shaklee. Bayangkan dua tahun makan produk dia je. Jemu? Eh langsung tak.

Saya bukanlah jenis yang nak bertukar-tukar produk. Kalau bukan untuk diri saya, untuk keluarga saya. 80% keluarga saya pengguna dan pengamal Shaklee.

Boleh dikatakan macam-macam juga produk Shaklee yang kami sendiri menjadi testimony.
Saya tak jual untuk untung. Tapi untuk beri mereka rasa kehebatan Shaklee walaupon produk lain pon sama hebat. Siapa yang pernah beli Shaklee dengan saya maka mereka pasti tahu harga jualan saya. Semua produk tak sama. Kalau ini bagus yang ini. Yang itu bagus bahagian itu.

Vitamin Lea
Vitamin E
Vitamin C
Advanced Joint Health Tablet
ESP
Alfalfa
Lecithin
Cinch
B-Complex

dan sebagainya..

Thursday 3 November 2016

Perniagaan Air yang Mudah dan Sangat Lumayan!!!!!

Image result for tips memulakan perniagaan kecil-kecilan

Pernahkah korang terfikir macam mana business air boleh jadi kaya? 

Seorang sahabat pernah tunjukkan kandungan dalam E-Book ini kepada saya dan saya sangat kagum bagaimana beliau boleh berjaya dalam menjayakan business air.
Panduan E-book yang sangat berguna dan yang penting segalanya di ajar.
korang tak perlu susah-susah lagi untuk fikir atau research macam mana dan bagaiman.

TAK PERCAYA?? ANDA LIHATLAH SENDIRI!



saya direct kan anda terus ke link mereka !
KLIK LINK DI BAWAH