Our Partner

Booking.com

......

Who am I?

Who am I?

.........

.........

.......

.......

.......

.......

Monday 17 October 2016

Pengalaman Keguguran Anak Pertama

Assalamualaikum.

Keguguran sesuatu kehilangan yang sangat tak diduga. Lagi-lagi newlywed macam aku ni.
Nak dimulakan cerita. Aku kahwin masa bulan February 2016. And Alhamdulillah Allah bagi rezeki awal, aku confirm pregnant bulan March 2016.
Masa tu excited sangat. Sebab tak sangka sebenarnye akan jadi ibu. Allah sahaja yang tau gembiranya aku.
Masa first pregnant ni aku cuma makan Acid Folic sahaja. (macam dalam gambar kat bawah ni).

Image result for ACID FOLIC

Normal la makan acid folik sebab masih First Trimester. Masa pon berlalu dan genap 2 bulan 2 hari kandungan ku (bulan Mei 2016) aku keguguran.

Macam mana symptom nak gugurr?

Aku keguguran hari ahad. Masa hari sabtu sebelumnya memang puas la berjalan pergi majlis kahwin, majlis tunang dan majlis berendoi. Gigih tau berjalan. Ahadnya badan rasa letih sangat sampai aku tidur melebihi 12 jam. Dasyat kann. Petang ahad tu dah rasa lain macam dah pon. Perut rasa ngilu tapi tak sakit. Ngilu manja je petang tu. Aku pon xdelah fikir sampai baby sakit ke ape ke sebab aku banyak baca blog pregnancy dorang kata normal rasa ngilu tu yang penting tak ada bleeding.
Jangan percaya sangat K!! Korang kena risau kalau perut sakit ke ngilu ke. Jangan positif sangat fikir baby nak membesar ke ape ke.
Malam Ahad tu masih gigih lagi berjalan pergi Pasar Borong Pandan ngan husband sambil abaikan ngilu perut tu. Siap makan Mc Donald lagi. Hamboi. Aku dan husband tahu yang ibu mengandung first trimester kene elakkan termakan cuka. Tapi mana la kitorang tahu dalam sos cili ada cuka. Lagi lah sos cili McD tu sedap kan. Balik dari berjalan tulah bermulanya tragedi…..

Macam mana rasa sakit keguguran?

Sakit! Sakit sangat! Rasa macam nak beranak ok. Diorang kata sakit macam senggugut. Tapi aku x tahu nak bandingkan macam mana sebab aku tak pernah sengugut. Yang penting aku x boleh tidur dari pukul 12am sampai lah pukul 4am. 4am dah tertido and sadar-sadar je pukul 7am ingat nak bersiap g keje. Bangun katil darah terus keluar macam dalam drama tv tu. Menangis teruk sgt time tu sebab sedih sangat-sangat. Kitorang panic and tak boleh fikir apa-apa. Dua-dua takde pengalaman kan. Baby dah jatuh. Sebab tulah rasa sakit sangat.

Lepas aku dimasukkan ke Wad kat Hospital Sultanah Aminah JB. Doctor pon dah konfirmkan baby keguguran tapi masih tak tahu puncanya. Allah maha mengetahui. Mungkin baby tak sihat sebab tu dia jatuh. Wallahuaalam.

Doctor government suruh decide nak buat teknik apa untuk cuci kandungan tu. Sama ada nak buat Dilation and curettage (D&C)  atau nak tunggu baby jatuh je. Kalau nak tunggu baby jatuh memang tidaklah. Aku dah cukup tahan sakit masa gugur. Ingat tunggu baby jatuh tak sakit ke. Mahunye tambah lagi rasa sakit 3-4 hari dan mungkin boleh sampai seminggu tau. Sambil tu doctor pakar situ pon explain D&C yang bakal dorang buat. Siap besi bagai. Takut terus kitorang dengar dengan risikonya mungkin tembus dinding Rahim lagi. Telan ailiur aku n husband dengar.  Husband pon takut dengar doctor tu explain takut pape jadi kat bini dia ni ha.

Jadi, kitorang decide untuk tidak buat D&C kat hospital government. Husband cari klinik pakar swasta masa last day aku kat Wad lagi. Bila dia dah dapat tempat. Aku pon agree. Kitorang tak tunggu esok tau. Lepas keluar wad pukul 2 petang tu terus ke klinik pakar yang dikatakan tu. So here we are .
Klinik pakar maternitry elizabeth.
Address33, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone+60 7-554 1922

Image result for KLINIK PAKAR MATERNITY ELIZABETH

Kat sini diorang buat D&C menggunakan teknik vaccum. Refer bawah.
Pengalaman : memang tak sakit. Lepas doctor bagi ubat tidur n bius terus aku x sedarkan diri. Husband gigih tunggu kat bawah lepas 3 jam baru aku sedar. Yelah penat sangat kan badan ni sebab tu lama betul pengsan. Lepas process tu siap. Aku bangun dan betul lah memang xde rase sakit dan darah pon tidak ada ok. Betul-betul bersih dia cuci. Alhamdulillah semuanya selamat. Husband pon pergi ke kaunter settle bill dalam RM800 – RM900 macam tu. Tak ingat harga tetap.

Macam tulah pengalaman keguguran aku. Kelam kabut pon ada kan. Bermula lah hari pantang ku selama seminggu. 

No comments:

Post a Comment