Our Partner

Booking.com

......

Who am I?

Who am I?

.........

.........

.......

.......

.......

.......

Monday 17 October 2016

Persediaan Hamil Lagi Selepas Keguguran

Mei 2016. 
Lepas 20 hari berpantang (hakikatnye tak sampai pon 20 hari) kami sedia untuk mencuba dapat baby lagi.

20 hari yang aku maksudkan tu cume pantang ‘bersama’ saja.
Kalau ikut pantang makan and jamu semua tu 2 minggu je aku buat. Lepas tu makan macam biasa. 

Aku banyak baca blog kisah keguguran dan takut sangat kalau susah nak lekat.

Apa yang aku cuba amalkan?

Sebelum period seterusnya datang. Aku amalkan ACID FOLIC, SUSU KAMBING, dan EPO (Evening Primerose Oil).

 Aku makan acid folik dan minum susu kambing setiap hari. Susu kambing tu tak yah beli yang mahal-mahal pon tak apa. Beli jelah jenama Hi-Goat tu tapi perisa asli. Perisa asli pon sedap tau.

Acid Folic pulak memang xleh tinggal sebab memang dah jadi routine.


EPO(Evening Primerose Oil). Supplement ni khas untuk perempuan. Dia focus ke masalah Rahim. Tapi ada cara untuk makan EPO ni tau. Bukan main redah makan. Tips yang aku guna aku refer blog Dr.Zubaidi. EPO aku cume makan 6 biji sahaja daripada sebotol tu. Rasa membazir je beli. Dah la mahal. Tapi tak pelah. Ini yang dinamakan ikhtiar. Lepas habes berpantang dan masa datang haid hari pertama sampai hari terakhir haid tulah aku consume EPO. Genap la 6 hari. Lepas tu tak makan dah sebab minyak bunga ni panas.


EPO je aku stop tapi acid folik dan susu kambing aku masih amalkan sampai lah aku mengandung semula bulan berikutnya iaitu bulan Jun 2016. Alhamdulillah bersyukur sangat2! Ramai cakap aku tak pantang ke sebab lekat lagi. Aku berpantang. Cuma tak lah lama macam orang lain. 

Alhamdulillah sekarang kandungan dah 5 bulan. Doakan kami selamat. 

No comments:

Post a Comment